Wednesday 26 June 2013

Baim Wong Bercouple Dengan Elfira Loy

seduta drama Dalam Hati Ada Taman
Pasangan ini muncul di program hiburan MeleTOP malam tadi untuk mempromosikan telefilem lakonan mereka, Untuk Terakhir Kali yang akan ke udara di Astro RIA pada 9.00 malam 27 Jun 2013 nanti. Apabila Neelofa bertanyakan apa yang membuatkan telefilem ini berbeza dengan yang biasa dilakukan, pelakon berasal dari Indonesia itu spontan & berseloroh menjawab kerana adanya Elfira Loy. “Memang benar bercinta,” ujar Baim Wong yakin apabila sekali lagi Neelofa & Nabil Raja Lawak mengajukan soalan tentang hubungan beliau dengan rakan pelakon Elfira Loy — di’sambut sorakan satu studio. Baim Wong turut mahu menunjukkan SMS antara beliau & Elfira Loy untuk membuktikan yang mereka memang serius bercinta sebelum berubah fikiran ingin menyimpan SMS itu tanpa mendedahkan kepada umum.
Read more ...

Norish Di Rompak Di Pusat Membeli Belah

Baru-baru ini Norish Karman telah dirompak ketika beliau bersama anak anaknya berkunjung ke sebuah pusat membeli belah di ibu negara baru baru ini. Norish Karman berkata beliau telah dirompak ketika dalam perjalanan ke tempat letak kereta pusat membeli belah itu dan kerugian hampir RM10,000 dalam bentuk tunai & barangan. Tiga orang lelaki warga asing dipercayai menjadi dalang dalam kes samun ini namun ujar Norish Karman lagi dia tidak dapat melihat wajah perompak tersebut kerana membelakanginya.Kejadian yang berlaku ini bagaimanapun tidak dilaporkanya kepada pihak polis sebaliknya hanya dilaporkan kepada pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut sahaja.
Read more ...